Lantas, terdetik di hati aku, mungkin inilah peringatan ALLAH untuk aku yg muda ni.
“Setiap yang bernyawa pasti akan mati” dan yang paling penting janji ALLAH itu pasti.
Peristiwa ni buat aku sedar bahawa maut tu akan datang bile2 masa, x kira r kita ni muda atau tua, dah ready or x. Aku sedar bahawa dalam kesibukan aku menghadapi kehidupan sebagai pelajar final sem IB ni, kadang2 aku x sedar yang ada sesuatu yg lebih penting, persiapan untuk menghadapi alam akhirat. Mane r tau, tgh aku sibuk2 siapkan EE or TOK essay , tibe2 ajal aku sampai.
Kadang2 dalam hidup ni, kita (termasuklah diri aku) terlalu ghairah mengejar cita2: nak dapat honor roll utk setiap sem, dapat placement kat country yg kita idam2
Jadi, peristiwa kematian jiran aku yang masih muda remaja tu benar2 menjadi satu pengajaran dan peringatan untuk aku yg masih muda belia ni. Persiapan ke akhirat harus aku laksanakan dari sekarang.
But don’t get me wrong. Itu bukan bermakna kita harus melupakan dunia. Pada suatu hari Rasulullah bertanya kepada para sahabat: apakah yang akan kamu lakukan dengan sebiji benih kurma yang ada dalam tangan kamu sedangkan ketika itu kiamat akan berlaku beberapa saat lagi? ( beberapa saat tu aku x pasti tp mesejnya ialah kiamat sudah hampir benar berlaku). Sahabat menyangka bahawa rasulullah akan menyuruh mereka mencampakkan biji kurma tersebut kerana biji kurma tersebut melambangkan dunia. Namun sangkaan para sahabat meleset same sekali, Rasulullah menjawab: tanamlah biji kurma tersebut.
Tentu kita tertanya2 kenapa Rasulullah suruh sahabat tanam biji kurma tu. Ini kerana:
Pertama dunia ini merupakan tempat semaian amalan kita di akhirat. Jadi tanamlah benih kurma tersebut kerana akhirat merupakan tempat tuaian amalan kita.
Secondly, Allah maha berkuasa: boleh jadi kiamat tidak berlaku pada hari itu.
Jadi kesimpulannya, dunia dan akhirat harus berjalan seiring, tiada gap yang memisahkan antara dunia dan akhirat. Setiap amalan kita termasuklah belajar dengan bersungguh2 utk IB exam pun merupakan suatu bentuk ibadah yang akan menjadi bekalan untuk kita di alam akhirat. Yg penting semuanya dilakukan ikhlas kerana ALLAH.
Semoga kita semua akan menjadi insan yang rajin menyemai benih2 amalan di dunia ini dan mendapat hasil yang lumayan di akhirat kelak . Wassalam.
No comments:
Post a Comment