Islamic Widget

Sunday, February 7, 2010

ketenangan: anugerah x ternilai

Kawan-kawanku sayang,

Kalau boleh kat dunia ni kita nak sume yang kita wish.

Waktu SPM dulu, kite nak sangat dpt straight A1. manusia suka pada result yg excellent n perfect? Kerana ramai manusia kadangkala x sedar yang apa yang kita inginkan tu bukanlah yang terbaik untuk diri kite. This things had happened to me before. Mase SPM, aku memang sangat-sangat nak score perfect 13A1.Tapi bile kuar result, aku juz dapat 11A1, 1A2 dan 13B. Waktu tu aku punyelah sedih, sebab before this mase kat Form 4 n form 5, aku tak pernah dapat A2 or 3B. Bapak aku bile tahu aku dapat result macam tu punye r die marah. Walaupun dia tak marah aku direct but aku tahu yang bapak aku mmg sgt kecewa ngan aku. Tapi ape boleh buat kan? Benda dah jadi, tak boleh nak berundur pun. Tapi lama kelamaan aku dapat terima kegagalan aku. Dan akhirnya aku sedar yang bukan jumlah A1 tu yang penting tapi sejauh mana result yang aku dapat tu boleh membantu aku untuk capai cita-cita yang aku hajati selama ini- menjadi seorang anak yang baik dan doctor yang disukai ramai.

Akhirnya, dengan result tu jugaklah aku berjaya dapat tawaran biasiswa daripada JPA dan sekarang aku berada di kolej mara banting. Semasa program orientasi, baru aku sedar bertapa bertuahnya aku ni. Walaupun aku tak dapat straight A1 but at least aku berjaya dapat biasiswa ni. Sedangkan ramai di luar sana yang dapat result lebih baik daripada aku pun tak dapat tawaran biasiswa ni.

Sekarang, selepas tiga semester dalam program international baccalaureate aku belajar untuk jadi seorang yang lebih matang dan cekal. Kadangkala, kita selalu mintak sesuatu yang kita rase sangat baik untuk kite, tp hakikatnya benda tu tak baik pun untuk kite.

Ingatlah, semasa kita berdoa, sentiasalah mintak ape jua yang Allah bagi kat kite, baik susah atau senang , jadikanlah sume itu sebagai yang terbaik untuk diri kita. ALLAH know the best…

Kini, aku dapat rasekan satu ketenangan yg x pernah aku rase sblm ni. klu dulu, aku mesti rase sedih, frust n kecewa klu x dpt no 1, x dapt highest dlam kls. sume 2 buat aku risau n gelisah. Tp stlh aku sedar, ketenangan adalah segala-galanya, kini, walau aku x dpt ape yg aku nak, aku still lg rase gembira n bersyukur. Malah, aku jadi lbh kuat untuk berusaha lg gigih.bg aku kegagaln bukanlah kelemahan tp sebuah kekuatan jike aku dapat merasai ketenangan hati n kelapangan jiwa. Moga aku dpat hadapi sume dugaan dlm hidup ni. Capai citer2 aku..Ya ALLAH, berikan yg terbaik buat diri aku, hambemu yg lemah.

peringatan dari yg pergi....

PERINGATAN DARI YANG PERGI BUAT KITA SEMUA.

Hari Ahad lepas, masa aku terbangun daripada tidur, tiba2 aku terdengar jiran sebelah umah aku menjerit.lantas aku terjaga dari tido. Rupe2 nye, anak jiran aku telah kembali ke rahmatullah. Mula2 aku x rase papepun, aku memang x pernah nampak arwah ni sebab die duduk kat tmpt lain. Tapi tibe2 aku terfikir, arwah ni muda lagi, baru 22 tahun.

Lantas, terdetik di hati aku, mungkin inilah peringatan ALLAH untuk aku yg muda ni.

“Setiap yang bernyawa pasti akan mati” dan yang paling penting janji ALLAH itu pasti.

Peristiwa ni buat aku sedar bahawa maut tu akan datang bile2 masa, x kira r kita ni muda atau tua, dah ready or x. Aku sedar bahawa dalam kesibukan aku menghadapi kehidupan sebagai pelajar final sem IB ni, kadang2 aku x sedar yang ada sesuatu yg lebih penting, persiapan untuk menghadapi alam akhirat. Mane r tau, tgh aku sibuk2 siapkan EE or TOK essay , tibe2 ajal aku sampai. Dan nanti apakah bekalan yang akan aku bawak untuk menjawab sume soalan mungkar dan nakir? Sudah cukup bersediakah aku untuk menghadapi sume itu?

Kadang2 dalam hidup ni, kita (termasuklah diri aku) terlalu ghairah mengejar cita2: nak dapat honor roll utk setiap sem, dapat placement kat country yg kita idam2 kan,score 45 untuk IB exam n 1001 impian lagi. Sedangkan sume ini bukanlah sesuatu yg pasti. Kita kadang- kadang lupe bahawa ada satu benda yang semakin hari semakin mendekati kita, dan itu merupakan suatu kepastian…KEMATIAN.

Jadi, peristiwa kematian jiran aku yang masih muda remaja tu benar2 menjadi satu pengajaran dan peringatan untuk aku yg masih muda belia ni. Persiapan ke akhirat harus aku laksanakan dari sekarang.

But don’t get me wrong. Itu bukan bermakna kita harus melupakan dunia. Pada suatu hari Rasulullah bertanya kepada para sahabat: apakah yang akan kamu lakukan dengan sebiji benih kurma yang ada dalam tangan kamu sedangkan ketika itu kiamat akan berlaku beberapa saat lagi? ( beberapa saat tu aku x pasti tp mesejnya ialah kiamat sudah hampir benar berlaku). Sahabat menyangka bahawa rasulullah akan menyuruh mereka mencampakkan biji kurma tersebut kerana biji kurma tersebut melambangkan dunia. Namun sangkaan para sahabat meleset same sekali, Rasulullah menjawab: tanamlah biji kurma tersebut.

Tentu kita tertanya2 kenapa Rasulullah suruh sahabat tanam biji kurma tu. Ini kerana:

Pertama dunia ini merupakan tempat semaian amalan kita di akhirat. Jadi tanamlah benih kurma tersebut kerana akhirat merupakan tempat tuaian amalan kita.

Secondly, Allah maha berkuasa: boleh jadi kiamat tidak berlaku pada hari itu.

Jadi kesimpulannya, dunia dan akhirat harus berjalan seiring, tiada gap yang memisahkan antara dunia dan akhirat. Setiap amalan kita termasuklah belajar dengan bersungguh2 utk IB exam pun merupakan suatu bentuk ibadah yang akan menjadi bekalan untuk kita di alam akhirat. Yg penting semuanya dilakukan ikhlas kerana ALLAH.

Semoga kita semua akan menjadi insan yang rajin menyemai benih2 amalan di dunia ini dan mendapat hasil yang lumayan di akhirat kelak . Wassalam.